Urut dan Bekam

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya pada bekam itu terkandung kesembuhan.” (Kitab Mukhtashar Muslim (no. 1480), Shahihul Jaami’ (no. 2128) dan Silsilah al-Hadiits ash-Shahiihah (no. 864), karya Imam al-Albani)

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijriyah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit.” (Shahih Sunan Abu Dawud, II/732, karya Imam al-Albani)

Rasulullah menyarankan tiga perkara yang utama dalam pengubatan penyakit iaitu madu, habbatus sauda dan bekam. Jika anda menghadapi masalah kesihatan, cuba beramal dengan 3 perkara tersebut, insya-Allah penyakit anda akan sembuh.

Perkara:
1. Urut dan bekam
Sesi: 1jam 30min
RM100

2. Bekam sahaja (12 point)
Sesi: 30min
RM45

3. Urut sahaja
Sesi: 1jam
RM65

Booking perlu dilakukan terlebih dahulu, dan rawatan akan hanya dijalankan dirumah pelanggan. Rawatan untuk lelaki sahaja.

Bekam

Menggunakan cupping plastik dan pen lancet yang tidak menyakitkan. Rawatan tidak dilakukan pada hari dan malam Rabu. Seeloknya anda menyemak kalendar Hijrah untuk memilih malam atau hari yang ganjil, paling afdhal pada malam 17, 19 dan 21. Namun begitu, rawatan pada hari-hari yang lain juga baik kecuali Rabu.

Urut

Menggunakan teknik "deep tissue massage", "sen energy points", "deep pressure" dan "joint extension". Teknik ini digabungkan dengan urutan Melayu Tradisional dan Royal Thai. Rawatan mengurut juga tidak dilakukan pada hari dan malam Rabu. Rawatan ini tidak menyakitkan seperti urut tradisional yang lain. Namun anda boleh memilih urutan lembut, sederhana atau keras.


Kami menggunakan Minyak Kelapa Dara asli yang dibuat sendiri. Minyak ini menyerap kedalam kulit dan menghidrasi dengan sempurna.