Urut dan Bekam

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya pada bekam itu terkandung kesembuhan.” (Kitab Mukhtashar Muslim (no. 1480), Shahihul Jaami’ (no. 2128) dan Silsilah al-Hadiits ash-Shahiihah (no. 864), karya Imam al-Albani)

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijriyah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit.” (Shahih Sunan Abu Dawud, II/732, karya Imam al-Albani)

Rasulullah menyarankan tiga perkara yang utama dalam pengubatan penyakit iaitu madu, habbatus sauda dan bekam. Jika anda menghadapi masalah kesihatan, cuba beramal dengan 3 perkara tersebut, insya-Allah penyakit anda akan sembuh.

Perkara:
1. Urut dan bekam
Sesi: 1jam 30min
RM100

2. Bekam sahaja (12 point)
Sesi: 30min
RM45

3. Urut sahaja
Sesi: 1jam
RM65

Booking perlu dilakukan terlebih dahulu, dan rawatan akan hanya dijalankan dirumah pelanggan. Rawatan untuk lelaki sahaja.

Bekam

Menggunakan cupping plastik dan pen lancet yang tidak menyakitkan. Rawatan tidak dilakukan pada hari dan malam Rabu. Seeloknya anda menyemak kalendar Hijrah untuk memilih malam atau hari yang ganjil, paling afdhal pada malam 17, 19 dan 21. Namun begitu, rawatan pada hari-hari yang lain juga baik kecuali Rabu.

Urut

Menggunakan teknik "deep tissue massage", "sen energy points", "deep pressure" dan "joint extension". Teknik ini digabungkan dengan urutan Melayu Tradisional dan Royal Thai. Rawatan mengurut juga tidak dilakukan pada hari dan malam Rabu. Rawatan ini tidak menyakitkan seperti urut tradisional yang lain. Namun anda boleh memilih urutan lembut, sederhana atau keras.


Kami menggunakan Minyak Kelapa Dara asli yang dibuat sendiri. Minyak ini menyerap kedalam kulit dan menghidrasi dengan sempurna.

Urutan Bahu

Urutan bahu 
(Kedudukan duduk)

(Terapis melutut di belakang pelanggan yang duduk atas tilam, atau terapis berdiri di belakang pelanggan yang duduk di atas kerusi)
Mulakan dengan memegang bahu pelanggan selama 5 saat, untuk memulakan hubungan antara terapis dan pelanggan (establish contact). 


1. Finger tapping
Sambil menekan bahu pelanggan ke bawah, lakukan ‘tapping’ menggunakan empat jari bermula dengan jari Kelingking dan berakhir dengan jari Telunjuk, seolah-olah sedang bermain piano. Lakukan secara berselang-seli antara tangan kanan dan kiri, secara berirama.
Lakukan selama 1 minit.

2. Trapezius pull
Menarik otot Trapezius Atas ke belakang bermula dengan otot yang berdekatan dengan leher dan berakhir dengan otot yang berdekatan bahu. Stabilkan tapak tangan pada bahu pelanggan dan tarik menggunakan jari.
Lakukan sebanyak 4 x.

3. Trapezius roll
Menolak otot Trapezius Atas ke depan bermula dengan otot yang berdekatan dengan leher dan berakhir dengan otot yang berdekatan bahu. 
Lakukan sebanyak 4 x. 

4. Thumb circles
Pegang pada atas bahu, tekan pada bahagian belakang bahu dengan menggunakan ibu jari dan lakukan bulatan keluar. Lakukan dari bahagian dalam keluar.
Lakukan sebanyak 4 x.

5. General massage
Letakkan sedikit minyak pada keseluruhan tapak tangan. Gosok dengan menarik otot yang bermula dari tengkuk dan berakhir di bahu, dan tekan serta tolak ibu jari dari belakang bahu hingga pangkal tengkuk.
Lakukan 6 x. 

6. Pressure point
Dengan menggunakan ibu jari, tekan bahagian atas bahu dalam satu baris bermula dari Lateral Scapula sehingga pangkal tengkuk. Ulangi dengan menekan pada 2 lagi baris bawah.
Lakukan untuk 3 set.
(Jika pelanggan sedang duduk atas tilam, terapis seeloknya berdiri di belakang pelanggan)

7. Shoulder press
Terapis berdiri dibelakang pelanggan:
Letakkan tangan pada kedua belah bahu, tekan secara lembut kebawah. Tahan selama 3 saat, ulangi selama 3 x.
Jika pelanggan duduk di atas kerusi, tekan menggunakan kedua lengan.

Urutan Tengkuk
(Terapis melutut di belakang pelanggan yang duduk atas tilam, atau terapis berdiri di belakang pelanggan yang duduk di atas kerusi)
7. Neck thumb circles
Pegan bahu atas, lakukan bulatan pada belakang tengkuk dengan menggunakan ibu jari bermula dari atas dan turun kebahagian bawah tengkuk. 3 bulatan boleh dilakukan, bulatan pertama kecil, kedua sederhana dan ketiga, besar.
Lakukan 4 set.

8. Pressure point
Tekan menggunakan ibu jari dan hujung jari telunjuk pada keseluruhan otot tengkuk (garisan dalam) dari bawah ke atas. Ulangi dengan garisan luar otot tengkuk. Lakukan 3 set.

9. Neck grip
Terapis menggenggam kedua belah otot tengkuk menggunakan tapak tangan dan empat jari. Urut perlahan-lahan dari atas ke bawah.
Lakukan 3 x.
Terapis menyilang jari-jari tangan kanan dan kiri, dan menggenggam tengkuk pelanggan, mengubah kedudukan dari atas ke bawah.

10. Neck percussion
Letakkan tapak tangan antara satu sama lain, mulakan percussion secara lembut dan berirama pada belakang tengkuk.
Lakukan selama 10 saat.